Home > Berita > (Video) Domino's Pizza Siasat Pekerja Buat Aksi 'Wheelie'

(Video) Domino's Pizza Siasat Pekerja Buat Aksi 'Wheelie'

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

London, 19 Sep – Domino’s Pizza telah melancarkan satu siasatan selepas satu video yang merakam aksi seorang pekerja penghantarannya membuat aksi wheelie di jalan raya.

Video yang dirakam di jalan Clapham Highg Street di selatan London itu dimuat naik ke internet, yang mana aksi itu menimbulkan tanda tanya pengguna twitter : “Bagaimana agaknya keadaan pizza di dalam kotak itu”.

Seorang jurucakap syarikat terbabit menyifatkan tindakan penghantar pizza itu “tidak boleh diterima sama sekali”.

Keselamatan awam dan rakan kerja kami adalah perkara paling penting dan aksi ini langsung tidak boleh diterima sama sekali


“Kami telah lancarkan satu siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan mengambil tindakan lanjut”, kata jurucakap itu.

Rakaman insiden yang berdurasi 10 saat itu merakamkan penghantar pizza terbabit melakukan aksi wheelie dengan berlatar belakangkan sorakan, yang kemudian bertukar gelak ketawa selepas dia terjatuh dari motornya.

Sumber : Sky

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *