Home > Berita > (Video) Gara-Gara Terlalu Asyik Berselfie, Kulit Kepala Gadis Terkoyak

(Video) Gara-Gara Terlalu Asyik Berselfie, Kulit Kepala Gadis Terkoyak

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Akibat terlalu asyik berselfie tanpa memikirkan bahaya sekeliling, seorang remaja telah mengalami kecederaa, rambutnya telah tersangkut pada alat permainan di Baraut, iaitu pekan kecil yang terletak 40 kilometer dari utara New Delhi, India.

Memetik laporan DailyMail, remaja berumur 16 tahun itu dikatakan cuba mengambil gambar selfienya berhampiran roda buaian (ferris wheel) yang sedang berputar.

Akibat terlalu asyik bergambar untuk mendapatkan ‘angle’ yang cantik, dia tidak sedar yang kedudukannya terlalu dekat dengan alat permainan berkenaan.

Malangnya, rambut remaja tersebut yang panjang dan tidak diikat itu telah tersangkut pada roda buaian hingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak apabila buaian itu mula bergerak.

Kejadian berkenaan membuatkan orang ramai cuba untuk membantunya yang dilihat sakit menahan kesakitan.

Remaja berkenaan dilaporkan semakin pulih dan sedang dirawat di sebuah hospital.  – Siakapkeli.my

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *