Home > Berita > Video: Jessica Chastain Ajar Jimmy Kimmel Makan Durian

Video: Jessica Chastain Ajar Jimmy Kimmel Makan Durian

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PELAKON filem The Huntsman: Winter’s War, Jessica Chastain yang baharu sahaja pulang dari negara Asia selepas mempromosikan filem itu ada membawa pulang sesuatu yang ‘berharga’ buat penduduk di negara kelahirannya, Amerika Syarikat.

Dijemput menjadi tetamu dalam program Jimmy Kemmel Live!, Jessica menghadiahkan buah yang paling digemari masyarakat di Asia kepada hos tersebut.

Lengkap membawa sebiji durian, pisau dan sarung tangan, aktres itu kemudiannya mengajar Jimmy bagaimana caranya untuk menjamah buah yang mendapat jolokan raja segala buah itu.

Daripada mimik muka Jimmy jelas dia tidak menggemari durian yang berbau busuk tapi sebaliknya buat Jessica yang mengakui dia memang sangat ketagih dengan durian selepas mencubanya ketika sedang menjalani penggambaran filem di Thailand sebelum ini.

Malah, Jessica turut mencari durian ketika melakukan sesi jelajah filem terbaharunya itu di Singapura baru-baru ini dan sempat membawa pulang buah tangan untuk dicuba sendiri oleh Jimmy. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *