Home > Berita > (Video) Lelaki Mengamuk Dalam Apple Store, Pecahkan Barang Apple Satu Demi Satu Guna Bola Pétanque

(Video) Lelaki Mengamuk Dalam Apple Store, Pecahkan Barang Apple Satu Demi Satu Guna Bola Pétanque

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Seorang pelanggan yang sedang marah dirakam sedang mengamuk di dalam Apple Store – dengan memecahkan iPhone, iPad dan juga Mac.

Lelaki terbabit, yang dirakam memakai sarung tangan berwarna krim dilihat selamba dan tenang memasuki kedai tersebut di Perancis.

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Lelaki itu tiba-tiba berubah. Dia mula mengambil iPhone, meletakkannya di atas kaunter sebelum memecahkannya menggunakan bola pétanque, satu demi satu.

Lelaki terbabit dilihat memegang bola Petanque sambil memegang sarung tangan berwarna krim

Selepas membebel ke arah staf di kedai itu dalam bahasa Perancis, dia kemudian menghadap kamera yang merakam perbuatannya sambil berkata : “Apple adalah sebuah syarikat yang melanggar hak pelanggan European

Mereka tak mahu membayar balik wang saya, saya beritahu mereka ‘Pulangkan kembali wang saya tapi mereka kata tak boleh.’ 

Jadi nak tahu apa jadi lepas tu? Ni lah akibatnya!”, kata lelaki berkenaan sebagaimana lapor Wiser.my

Dia kemudian dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

Menurut media Perancis, lelaki berkenaan telah ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Nilai kerugian dianggar berpuluh ribu ringgit.

Sumber : Wiser.my

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *