Home > Berita > VIDEO NGERI SAAT KEMALANGAN KERETAPI SEPANYOL 2013

VIDEO NGERI SAAT KEMALANGAN KERETAPI SEPANYOL 2013

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

VIDEO NGERI SAAT KEMALANGAN KERETAPI SEPANYOL 2013-SUSULAN tragedi keretapi tergelincir di Sepanyol. Baru sahaja diedarkan satu video menunjukkan saat-saat terakhir keretapi berkenaan sebelum tergelincir dan membunuh 80 orang.

Video berkenaan yang ditunjukkan hanya selama 10 saat, menunjukkan keretapi itu yang sedang melalui satu lengkung sebelum beberapa gerabak di tengah keretapi terkeluar dari landasan.

Ia terus menarik sekali gerabak di belakang untuk sama-sama tergelincir dan melanggar kepala keretapi itu.

Visual tragedi itu pada awalnya ditayangkan di laman web portal Sepanyol Zoom News yang kemudiannya muncul di laman YouTube dan seterusnya beberapa laman web media lain.

Menurut Zoom News, video berkenaan diperolehi daripada satu kamera keselamatan yang dipasang di landasan berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum menemui punca yang menyebabkan insiden buruk itu tetapi menurut laporan keretapi itu pada masa kejadian sedang bergerak laju dengan kelajuan 190 kilometer sejam, lebih dua kali ganda dari kelajuan dibenarkan.

Keretapi itu membawa 218 orang penumpang dan empat krew dari Madrid menuju sebuah bandar di tepi pantai Ferrol.

Ia adalah tragedi keretapi paling buruk sejak tahun 1944.SUMBER-mynewshub

TONTON VIDEO DISINI:

part 1 : http://www.youtube.com/watch?v=PGv_uyUBMRA

part 2 : http://www.youtube.com/watch?v=M2oMeujH8NA

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *