Home > Berita > Video: Pegawai Imigresen Wanita Belasah ‘Kaw-Kaw’ Warga Asing

Video: Pegawai Imigresen Wanita Belasah ‘Kaw-Kaw’ Warga Asing

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

viral

DUA video memaparkan seorang pegawai imigresen wanita membelasah seorang lelaki warga asing ketika satu serbuan diadakan kini tersebar di laman sosial.

Video yang dimuat naik di page Malaysian Crime Watch atau MyWatch itu, sekaligus mengejutkan netizen.

Menerusi video pertama, pegawai imigresen wanita tersebut dilihat sedang menyoal siasat sebelum tiba-tiba bertindak membelasah mangsa.

Pegawai imigresen wanita belasah kaw-kaw warga… oleh mynewshub

Pegawai imigresen wanita belasah kaw-kaw warga… oleh mynewshub

Dalam video kedua pula, wanita itu dilihat kembali menyerang mangsa namun, kali ini lebih ganas termasuk menendang dan memukulnya bertubi-tubi, seperti aksi bertinju.

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam sekitar bulan Januari lalu.

Berikutan itu, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan tersebut dan menyifatkan wanita itu sebagai tiada perikemanusian.

“Walaupun dia pendatang tanpa izin, tiada siapa berhak menyakiti sesama makhluk. Apa yang pegawai itu buat salah d isisi undang-undang,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, ramai juga yang menyokong tindakan pegawai itu kerana berpendapat warga asing yang sudah terlalu ramai membanjiri negara ini tidak boleh terlalu diberi muka.

Apatah lagi, kebanyakannya yakin pasti ada sesuatu yang dilakukan oleh warga asing terbabit hingga pegawai berkenaan naik angin sebegitu rupa.

Sebagaimana pegawai imegresen lelaki kadangkala terpaksa melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas, mungkinkah ada kesalahan tertentu dilakukan warga asing terbabit hingga dia terpaksa diperlakukan dengan kekerasan?

Pastinya selepas video ini tersebar siasatan dalaman akan dijalankan dan sebab musabab mengapa pegawai wanita itu ‘naik hantu’ dan sama ada dia wajar atau tidak berkelakuan begitu akan diketahui. –  MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *