Home > Berita > Video: Power Pakcik Ni, Sekali Tumbuk Lawan Terus ‘K.O’

Video: Power Pakcik Ni, Sekali Tumbuk Lawan Terus ‘K.O’

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KEBANYAKAN kita tahu maksud simpulan bahasa ‘penumbuk sulung’ iaitu tumbukan padu yang dilepaskan hingga mangsa terus rebah tetapi benar-benar menyaksikannya di alam nyata boleh dikatakan jarang atau tak pernah jumpa lagi.

Bagaimanapun dalam satu insiden yang dipercayai berlaku di Ipoh pada 18 April lalu, kesan penumbuk sulung yang hinggap ke muka dapat disaksikan.

Apa yang menarik, penumbuk sulung berkenaan dilepaskan seorang lelaki warga emas yang bertubuh kurus dan masih memakai kain pelekat serta songkok.

Sebaik sahaja terkena penumbuk pakcik berkenaan, mangsa terus terlentang jatuh ke jalan. Difahamkan kejadian berpunca daripada kes gesel kereta sahaja.

Apa pun tak kiralah kes apa sekalipun, lebih banyak mudarat daripada kebaikan yang diperoleh apabila seseorang itu melayan rasa amarahnya.

Bayangkan kalau mangsanya itu mati, apa nak jawab? – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *