Home > Berita > Wanita Tempah iPhone 7 Online, Tapi Dapat iPhone 4 & iPhone 3 Bersama Dengan Kad Fusion Yu-Gi-Oh

Wanita Tempah iPhone 7 Online, Tapi Dapat iPhone 4 & iPhone 3 Bersama Dengan Kad Fusion Yu-Gi-Oh

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

China – Kumpulan pertama iPhone 7 habis terjual ibarat pisang goreng panas di China apabila ia mula memasuki pasaran negara itu awal bulan ini.

Kerana kehabisan stok, ada yang sanggup memesan peranti itu menerusi online dan sudah tentu ada risiko penipuan apabila memesan barangan menerusi online sebagaimana yang terjadi kepada seorang wanita di China ini.

Lebih malang, wanita itu bukan sekadar ditipu, malah menjadi mangsa troll penjual online tersebut.

Shanghaiist melaporkan, wanita terbabit memesan iPhone 7 tetapi apa yang sampai kepadanya adalah iPhone 3 dan iPhone 4 bersama dengan sekeping kad fusion kartun Yu-Gi-Oh.

Di dalam kartun Yu-Gi-Oh, kad fusion digunakan untuk menggabungkan dua raksaksa menjadi satu dan dalam kes ini, wanita itu diberikan iPhone 3 dan iPhone 4 untuk digabungkan menjadi iPhone 7.

Wanita itu kemudian memuat naik gambar barangan yang diperoleh itu di laman Weibo dan ia dikongsi lebih dari 1,000 kali.

Jika kamu beli dua iPhone 7, kamu boleh gunakan kad Fusion untuk jadikan mereka iPhone 14“, usik seorang netizen.

Sumber : shanghaiist

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *