Home > Berita > Wanita Terjun Tasik Sebab Merajuk Dengan Suami

Wanita Terjun Tasik Sebab Merajuk Dengan Suami

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Taiping- Seorang wanita yang merajuk dengan suaminya bertindak nekad terjun ke dalam sebuah tasik di Taman Tasik Taiping, di sini, hari ini.

Insiden yang berlaku pada pukul 3.15 petang itu disedari suaminya selepas dia terjumpa sepasang selipar milik isterinya di kawasan tebing tasik itu.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Musa Abdul Wahab, bomba menerima panggil kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 3.15 petang.

Selepas tinjauan dilokasi dijalankan, selipar mangsa ditemui di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, wanita berusia 20-an itu deitemui selamat selepas naik sendiri di tebing berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia.

“Gerakan mencari dilakukan, namun tidak lama kemudian, mangsa ditemui selamat oleh orang awam setelah naik di tebing,” ujar Musa.

Beliau berkata, mangsa difahamkan mengalami masalah rumah tangga dan suami yang menemui selepas mangsa beranggapan, isterinya lemas di tasik terbabit.

“Operasi tersebut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber-  Sinar Harian Online

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *