Home > Berita > Wanita Umur 25 Tahun Dan Ke Atas Sudah Dibenarkan Melancong Ke Arab Saudi Berseorangan Tanpa Ditemani Mahram

Wanita Umur 25 Tahun Dan Ke Atas Sudah Dibenarkan Melancong Ke Arab Saudi Berseorangan Tanpa Ditemani Mahram

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

11 Jan – Kerajaan Arab Saudi telah membuat keputusan dengan membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas boleh melancong ke negara itu secara berseorangan tanpa ditemani mahramnya menggunakan visa pelancong.

Perkara itu diumumkan oleh jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) baru-baru, lapor Khalej Times.

Namun, untuk wanita 25 tahun ke bawah, mereka masih perlu masuk ke negara tersebut dengan ahli keluarga mereka atau mahramnya dan tidak termasuk dalam kelonggaran yang diberikan itu.

Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah,” katanya

SCTH juga berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar.

Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi.

Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.

Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan. – Siakapkeli.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *