Home > Berita > Wanta Mengaku Tak Sengaja Bunuh Anak 2 Tahun

Wanta Mengaku Tak Sengaja Bunuh Anak 2 Tahun

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Wanta Mengaku Tak Sengaja Bunuh Anak 2 Tahun

bunuh anak

Seorang wanita berumur 22 tahun telah mengaku salah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun.

Tertuduh Aida Amira Harun telah membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim M Vijayalakshmi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang dengan menyebabkan kematian Ainul Solehah Mohd Husamuddin, anak perempuannya yang berumur 2 tahun.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani antara jam 9.10 malam hingga 9.40 malam pada 10 Ogos lalu dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 September depan untuk lantikan peguam dan menjatuhkan hukuman.

Sebelum ini, kanak-kanak perempuan disahkan maut dipercayai didera ibu dan teman lelakinya di rumah mereka di Amanjaya, Kedah. Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa, wanita berusia 22 tahun itu membawa anaknya berusia dua tahun ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), kira-kira 9.30 malam.

Mangsa gagal diselamatkan selepas mengalami kecederaan dalaman dan terdapat banyak kesan lebam baru serta lama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dibuat doktor ke atas mangsa menemui kesan lebam lama dan baru pada bahagian perut serta alat sulitnya.

Katanya, doktor  mengesyaki mangsa didera dan telah memaklum kes kematian kanak-kanak itu kepada anggota polis yang bertugas di hospital untuk tindakan lanjut. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *