Home > Berita > Warga Asing Dipercayai Cuba Larikan Bayi Berusia 2 Bulan Dicekup, Pecahkan Pintu Dan Tingkap Rumah

Warga Asing Dipercayai Cuba Larikan Bayi Berusia 2 Bulan Dicekup, Pecahkan Pintu Dan Tingkap Rumah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kredit foto: Harian Metro, ihsan PDRM

Nilai: Penduduk Taman Desa Cempaka 3 kelmarin telah berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal berumur 20-an selepas dikatakan cuba melarikan seorang bayi berusia dua bulan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, ketika kejadian, datang dua orang lelaki tidak dikenali telah menerjah masuk ke perkarangan rumah seorang penduduk kira-kira jam 1 tengahhari.

Sebaik pintu rumah dibuka oleh seorang wanita berusia 50-an, suspek telah meminta supaya dia menyerahkan cucu perempuannya yang dijaga itu.

“Kerana tidak mengenali dua lelaki itu, wanita terbabit menutup pintu dan suspek cuba memecahkan pintu serta tingkap rumah.


“Wanita itu menjerit meminta tolong menyebabkan suspek cuba melarikan diri.


“Seorang daripada suspek berjaya dicekup penduduk taman perumahan, manakala seorang lagi melarikan diri dan masih diburu,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. – Siakapkeli.my

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *