Home > Berita > ZARINA ANJOULIE DI TAHAN LAGI KERANA MAKAN DADAH!

ZARINA ANJOULIE DI TAHAN LAGI KERANA MAKAN DADAH!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

zarina anjoulie bogel dan seksiZARINA ANJOULIE DI TAHAN LAGI KERANA MAKAN DADAH! | 8 Feb. – Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas atas tuduhan positif dadah jenis methampetamine, Disember tahun lalu.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang dituduh berasingan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran dan minta dibicarakan atas tuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis methampetamine ke dalam badannya, di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, pada pukul 8.10 malam pada 30 Disember 2012.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya mencadangkan ikat jamin RM4,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin namun peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.

Sementara itu, pada prosiding sama, terdapat pindaan terhadap pertuduhan yang didakwa terhadap mereka sebelum ini.

Mengikut pertuduhan pindaan, Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa dalam milik mereka dua pil Nimetazepam seberat 0.38 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada pukul 5.30 petang 30 Disember 2012.

Mereka yang juga pelajar sebuah kolej swasta, didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan itu mahkamah mengekalkan jaminan RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.sumber-http://www.utusan.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

4 comments

  1. Bertaubat lah wahai manusia!..

  2. dia ni tak habis-habis ngan kontroversi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *