Home > Berita > Zizan Nafi Kedai Serbaneka Miliknya Gulung Tikar

Zizan Nafi Kedai Serbaneka Miliknya Gulung Tikar

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

TIDAK sampai setahun beroperasi, tiba-tiba muncul khabar angin mendakwa kedai serbaneka 24 jam milik pelakon dan pelawak, Zizan Razak iaitu Zizan Mart telah ditutup sepenuhnya.

zizan

Zizan Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Zizan yang memberitahu, kedai yang terletak di Kota Bahru, Kelantan itu hanya ditutup buat sementara waktu.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, penutupan itu dibuat kerana Zizan Mart mengalami beberapa masalah yang tidak dapat didedahkan.

“Tidak benar Zizan Mart gulung tikar tetapi sebaliknya hanya ditutup buat sementara waktu sahaja.

“Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan di sini punca keadaan itu tetapi ada beberapa masalah yang timbul,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa yang sama, Zizan memberitahu dia masih belum berkesempatan bertemu dengan pihak pengurusan Zizan Mart untuk menyelesaikan masalah yang timbul kerana sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental 2 di Phuket, Thailand.

Bagaimanapun Zizan berjanji akan memastikan isu kedai serbanekanya selesai dengan kadar segera bagi membolehkan kedai tersebut kembali beroperasi.

Selain Zizan Mart, Zizan juga terlibat dalam  perniagaan makanan di bawah francais Restoran Burgerbyte. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *